1st time sy mkn carrot cake yg aunt sy buat @
chik . Dengan crunchy walnut+yummy cheesy+rasa nenas+carrot n moist dr cake tu sendiri lah! Heaven youuuu...i totally LOVE dis cake! =D
Well ni percubaan pertama sy. Sy follow je resepi dr chik. Resepi asal sebenarya dari
Cik Mat Gebu .
Yg ni sy buat time open house kat rumah. Masih byk kn improve. Sy kn budak br belajarrr...hehe ^^v
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis* (*disatu dn diayak) -
sy tak letak sbb x de
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering -
tak letak jgk sbb x de kat rumah hehe
1/2 cawan kacang walnut, cincang
Bahan cream cheese topping:
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
Cara-cara membuat:
- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
- Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
- Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
- Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
- UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka..
|
Rupa selepas keluar dr oven n sejukkan | | |
|
Topping with cream cheese |
|
* Topping cream cheese sy x smooth sgt sbb cheese sy tu amek dr freezer x cair btol2 dlm suhu bilik..hehe org x sbr mmg cam ni.. =P
Next time nak try blk buat kek ni!Hoping for a better result!
bye ^^