Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Jelly Orange

Jing guo duo shao kun nan
jing li duo shao mo lian
duo shao xin er pan wang
chun tian de xiao xi
gong xi gong xi gong xi ni
ya gong xi gong xi gong xi ni

Xing Ning Kuai Le!! hehe..Lagu ni femes kowt kat shopping mall pasang time Chinese New Year. Rasanya blum terlambat lg sy nak wish Happy Chinese New Year tuk my Chinese friends. Banyak dapat angpow??kasi ler kat sy satu maaa... tak banyak mintak satu jer...hehe..

Dan semasa perayaan ini lah kte dapat makan baaaaaaaanyak limau mandarin!hehe..Limau yg lebeh2 tu kalo tak dimakan rugi...pe kate serve dengan cara cenggini plak ^^ :

Jelly Orange



Caranya senang aje yok! Resepi asal sy amek dari K.Nor@SecubitGaram dan sedikit adjustment. 

Lapisan Jernih:

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
gula (mengikut kemanisan masing-masing)
Sedikit Perasa Sunquick
Sebiji oren (Kupas kulit dan di blend-buang biji/empulur)
Sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk. Setelah sebati masukkan perahan oren yang telah ditapis, perasa sunquick dan pewarna kuning. Ketepikan.


Lapisan Puding:

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
gula (mengikut kemanisan masing-masing)
300 ml susu cair
Sedikit Perasa Sunquick
Sebiji oren (Kupas kulit dan di blend-buang biji/empulur)
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara: 


Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk. Setelah sebati masukkan susu,perahan buah oren yang telah ditapis,perasa suquick dan pewarna kuning. Ketepikan.


Cara-cara untuk melapis:
  1. Sediakan acuan yang sesuai.
  2. Masukkan lapisan puding dahulu, biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras. (Masukkan sekejap dlm fridge).
  3. Kemudian masukkan lapisan jernih mengikut kaedah yang sama sengan puding tadi dan ulangi melapis sehingga habis.
  4.  Simpan dalam peti sejuk sehingga benar2 keras.
Done!Selamat Mencuba! hehe... ^^
p/s: untuk cepat keras, sila kurangkan air.
 

Monday, 5 September 2011

Rainbow Jelly

Alkesahnya berlaku pd open house raya ke-3 di rumah saya err rumah parent hehe.. Biase nye ma abah akan pilih menu utama kampung2 style..sbb reason dorg open house yg laen da jamu lauk2 wajib raya cam rendang, sate, kalo kat umah tok tradisinya 1st day da jamu ngan nasik bukhari or dagang..turn open house umah makcik pakcik plak nasi ayam, lontong, soto etc.. Bila open house jer, maka berlaku kerahan tenaga dlm family sy hehe...evryone will take part.Sgt bz!  Dek kesibukan melampau sy tidak dpt fokus 100 % tuk buat rainbow jelly neh..Errmm..tu jer nak ceghita sbnrnye..hehe nk ckp yg result jelly yg sy buat x cun sgt. Nak lapis byk2 da x jd sbb nk cpt..decide buat tebal2 trus...heee..Pape pon ni 1st time sy try n follow d recipe yg br google kat tenet a nite before d majlis open house. Hehe...




Macam mn nak buat??sy follow recipe ni.

Ingredients:


(A)
20 gm instant jelly (i used agar2 strips)
340 gm sugar
1725 ml water
6-8 pandan leaves

(B)
20 gm instant jelly ( i used agar2 strips)
340 gm sugar
1725 ml coconut milk (used 1 litre KARA  + 725 ml water) ~means proportion coconut milk+water
1 tsp salt

(C)
Coloring (Blue, green, red~whatever color u prefer)

Method:


Cook A and B separately till boil

Use 230 ml for each layer of coconut milk and color jelly mixture 
(i didnt follow~as long as they look same in layering hehe.. nak cepat punye pasal! )

Once done let it cool in fridge



Kalau dapat buat byk layer lg cantek! Solutionnye..kn nipiskan layer.. ^ ^ v


Source: Bisousatoi

Tips:

  1. Remember to make sure the jelly is properly set before pouring next layer
  2. Make sure A and B mixture is always on low fire while layering jelly
  3. Scratch on top of layer once the layer is set with a fork before pouring next layer ( Nak kasi layer tu cengkam x gerak2 between layer? Heee..x taw nk gn istilah aper...

Well, selamat mencuba! ^^

Sunday, 4 September 2011

Lychee Blossom Pudding

Ade stok laici kat rumah??ade strips/serbuk agar2 kat rumah??Anda mampu layak buat puding neh!! hehe... Rase nye puding neh tersangat simple kowt!! acu cuba try test...

Cam bunga idop je kn?kn?hehe..

Bahan2:

10 gm agar2 strips
lychee in can (depends on quantity dat u want)
2 1/4 cwn air
1 cwn lychee syrup  (from lychee can)
2/3 cwn gula
Pewarna merah
Ceri merah (optional- x guna sbb x de..hee kalo ade lg chantek menarik!!)
~kalo nk buat byk so kasik double2 je lah quantity...

Cara-cara:

Potong laici buat bentuk flower (mcm kat dlm gmbr tuuu... )

Susun dalam acuan. 
Acuan besar

Acuan kecik

Masak air + sirap laici+gula (make sure btol2 da hancur  clear)
Tambahkn pewarna merah

Masukkn jeli ke dlm acaun. (Kasi laici td btol2 kt tgh n x terapung~letak pelan2)

Sejukkan dlm peti sejuk.

Then, keluarkan n terbalikkan acuan.



Senang kn??kn?? ^^

Source: Bisousatoi

Thursday, 11 August 2011

Puding Roti Caramel

Tayang gambar dulu..hehe =P


Okeh..cane buat?simple~ ^^

Bahan-bahan A:

  1. Setengah cawan gula dimasak hingga perang.
  2. Tuang dalam bekas/loyang yang telah dicalit butter
Bahan-bahan B:

  1. 2 bj telur
  2. 10 keping roti gardenia
  3. 2 sudu besar tepung kastard (sukatan rata)
  4. 1 tin susu cair
  5. 1 tin air buah fruit cocktail (i chose peaches)
  6. setengah cawan gula
  7. 1 sudu teh essen vanilla
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kukusan
  2. Blend semua bahan B (kecuali buah dlm tin)
  3. Tapiskan dan masukkan ke dalam bekas gula yg dimasukkan tadi
  4. Tutup dengan cling film (x mo wap air masuk time kukus)
  5. Kukus hingga masak or 30 mins whichever is sooner.
  6. Setelah masak, sejukkan sekejap di luar n kasi chill dlm peti sejuk.
  7. Untuk menghias, terbalikkan loyang/acuan puding roti tadi ke atas pinggan  then susun ler fruit cocktail cecantek yer! ^^


Dalam acuan.. yg 1st tu air gula as their base lah.then topup with bahan2 B.


Yeay! 1st try done! hehe..nx try kasik cun lg yer.. =P


 k, selamat mencobaaaa!!

xoxo

najihah ismail ^^v

Tuesday, 9 August 2011

Puding Permata

Ni 1st entry setelah dapur dibuka!hehe..
This one is puding permata.Simple bangat! =P

Bahan2 :

1 bungkus setengah agar agar strips.
3 gelas gula
1 tin susu cair
1 tin susu manis
1 tin jagung manis
3 sudu tepung kastad
3 biji telur
125 gram mentega
1 sudu teh essen vanilla
Pewarna (sy guna merah + hijau)


Cara membuat "permata"



1. Setengah bungkus agar2 dibersihkan dan di tus. Tuang air sehingga sama paras dengan agar2 tadi dan masak sehingga cair.
2. Setelah cair - masukkan 1 gelas gula dan 1/2 tin susu manis. Kacau sehingga rata dan agak pekat.
3. Adunan di bahagi dua, satu bahagian di beri pewarna merah dan satu lagi di beri pewarna hijau. Masukkan adunan di dalam bekas dan sejukkan sehingga beku. Setelah beku, potong adunan segiempat kecil. (approx 2 cm x 2 cm)

 
Cara Membuat :

1. Masak 1 satu bungkus agar agar. Air hendaklah sama paras dengan agar agar tadi. Kacau agar2 sehingga cair.
2. Setelah agar2 cair, masukkan 2 gelas gula. Kacau lagi sehingga agak pekat.
3. Sementara menunggu adunan tadi pekat, buangkan air jagung dalam tin tadi dan blend kan jagung bersama susu cair, susu manis 1/2 tin, telur, mentega dan tepung kastad. Masukkan juga satu gelas air. Blend sehingga semua bahan menjadi halus.
4. Setelah bahan blend halus dan sekata, tuangkan ke dalam agar2 yang di masak tadi. Gaul sehingga mendidih. (note : adunan ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Kecilkan api.
5. Tuang 1 cawan adunan tadi di dalam acuan dan sejukkan. Tabur 'permata' hijau dan merah di atas lapisan tadi. Tuang lagi adunan jagung tadi di atasnya sehingga rata. Biar sejuk. Setelah sejuk tabur lagi dengan adunan permata tadi. Ulang sehingga habis.
6. Note : Sejuk kan dalam peti ais. Kalau hendak lebih senang, tuang sahaja keseluruhan adunan jagung di dalam acuan dan tabur bahan permata di atasnya. Sejukkan.



Rase nye kn kurangkan tabur "permata" tu sbb x nmpk sgt gap antara permata..
mewah sgt ngan "permata" neh! hee..

Selamat mencuba! ^^v