Friday 2 September 2011

Carrot cake

1st time sy mkn carrot cake yg aunt sy buat @ chik . Dengan crunchy walnut+yummy cheesy+rasa nenas+carrot n moist dr cake tu sendiri lah! Heaven youuuu...i totally LOVE dis cake! =D

Well ni percubaan pertama sy. Sy follow je resepi dr chik. Resepi asal sebenarya dari Cik Mat Gebu .
Yg ni sy buat time open house kat rumah. Masih byk kn improve. Sy kn budak br belajarrr...hehe ^^v

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis* (*disatu dn diayak) - sy tak letak sbb x de
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering - tak letak jgk sbb x de kat rumah hehe
1/2 cawan kacang walnut, cincang


Bahan cream cheese topping:


100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara membuat:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
  4. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  5. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  6. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka..
Rupa selepas keluar dr oven n sejukkan
Topping with cream cheese

* Topping cream cheese sy x smooth sgt sbb cheese sy tu amek dr freezer x cair btol2 dlm suhu bilik..hehe org x sbr mmg cam ni.. =P

Next time nak try blk buat kek ni!Hoping for a better result!

bye ^^ 

2 comments:

  1. salam Jiha. lain kali why not try my carrot oat cake recipe at www.dapurkakjee.com

    ReplyDelete
  2. menarik!!sure will do k.jee.. ^^

    ReplyDelete