Wednesday 25 January 2012

Jelly Orange

Jing guo duo shao kun nan
jing li duo shao mo lian
duo shao xin er pan wang
chun tian de xiao xi
gong xi gong xi gong xi ni
ya gong xi gong xi gong xi ni

Xing Ning Kuai Le!! hehe..Lagu ni femes kowt kat shopping mall pasang time Chinese New Year. Rasanya blum terlambat lg sy nak wish Happy Chinese New Year tuk my Chinese friends. Banyak dapat angpow??kasi ler kat sy satu maaa... tak banyak mintak satu jer...hehe..

Dan semasa perayaan ini lah kte dapat makan baaaaaaaanyak limau mandarin!hehe..Limau yg lebeh2 tu kalo tak dimakan rugi...pe kate serve dengan cara cenggini plak ^^ :

Jelly Orange



Caranya senang aje yok! Resepi asal sy amek dari K.Nor@SecubitGaram dan sedikit adjustment. 

Lapisan Jernih:

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
gula (mengikut kemanisan masing-masing)
Sedikit Perasa Sunquick
Sebiji oren (Kupas kulit dan di blend-buang biji/empulur)
Sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk. Setelah sebati masukkan perahan oren yang telah ditapis, perasa sunquick dan pewarna kuning. Ketepikan.


Lapisan Puding:

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
gula (mengikut kemanisan masing-masing)
300 ml susu cair
Sedikit Perasa Sunquick
Sebiji oren (Kupas kulit dan di blend-buang biji/empulur)
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara: 


Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk. Setelah sebati masukkan susu,perahan buah oren yang telah ditapis,perasa suquick dan pewarna kuning. Ketepikan.


Cara-cara untuk melapis:
  1. Sediakan acuan yang sesuai.
  2. Masukkan lapisan puding dahulu, biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras. (Masukkan sekejap dlm fridge).
  3. Kemudian masukkan lapisan jernih mengikut kaedah yang sama sengan puding tadi dan ulangi melapis sehingga habis.
  4.  Simpan dalam peti sejuk sehingga benar2 keras.
Done!Selamat Mencuba! hehe... ^^
p/s: untuk cepat keras, sila kurangkan air.
 

No comments:

Post a Comment