Tuesday, 9 August 2011

Puding Permata

Ni 1st entry setelah dapur dibuka!hehe..
This one is puding permata.Simple bangat! =P

Bahan2 :

1 bungkus setengah agar agar strips.
3 gelas gula
1 tin susu cair
1 tin susu manis
1 tin jagung manis
3 sudu tepung kastad
3 biji telur
125 gram mentega
1 sudu teh essen vanilla
Pewarna (sy guna merah + hijau)


Cara membuat "permata"



1. Setengah bungkus agar2 dibersihkan dan di tus. Tuang air sehingga sama paras dengan agar2 tadi dan masak sehingga cair.
2. Setelah cair - masukkan 1 gelas gula dan 1/2 tin susu manis. Kacau sehingga rata dan agak pekat.
3. Adunan di bahagi dua, satu bahagian di beri pewarna merah dan satu lagi di beri pewarna hijau. Masukkan adunan di dalam bekas dan sejukkan sehingga beku. Setelah beku, potong adunan segiempat kecil. (approx 2 cm x 2 cm)

 
Cara Membuat :

1. Masak 1 satu bungkus agar agar. Air hendaklah sama paras dengan agar agar tadi. Kacau agar2 sehingga cair.
2. Setelah agar2 cair, masukkan 2 gelas gula. Kacau lagi sehingga agak pekat.
3. Sementara menunggu adunan tadi pekat, buangkan air jagung dalam tin tadi dan blend kan jagung bersama susu cair, susu manis 1/2 tin, telur, mentega dan tepung kastad. Masukkan juga satu gelas air. Blend sehingga semua bahan menjadi halus.
4. Setelah bahan blend halus dan sekata, tuangkan ke dalam agar2 yang di masak tadi. Gaul sehingga mendidih. (note : adunan ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Kecilkan api.
5. Tuang 1 cawan adunan tadi di dalam acuan dan sejukkan. Tabur 'permata' hijau dan merah di atas lapisan tadi. Tuang lagi adunan jagung tadi di atasnya sehingga rata. Biar sejuk. Setelah sejuk tabur lagi dengan adunan permata tadi. Ulang sehingga habis.
6. Note : Sejuk kan dalam peti ais. Kalau hendak lebih senang, tuang sahaja keseluruhan adunan jagung di dalam acuan dan tabur bahan permata di atasnya. Sejukkan.



Rase nye kn kurangkan tabur "permata" tu sbb x nmpk sgt gap antara permata..
mewah sgt ngan "permata" neh! hee..

Selamat mencuba! ^^v

No comments:

Post a Comment